TERMA DAN DEFINISI

Terma dan Definisi

Terma

Definisi

Risiko

Ketidakpastian tentang isu atau kejadian atau peristiwa yang boleh memberi impak kepada pencapaian atau objektif sesebuah organisasi. Ini termasuk sebarang halangan, kelemahan pengurusan, kerosakan, kecederaan, kerugian atau kejadian negatif.

Pengurusan risiko

Aktiviti yang diselaraskan dalam pengurusan organisasi merangkumi proses mengenal pasti risiko dan memilih cara yang terbaik bagi mengurus risiko tersebut.

Kerangka pengurusan risiko

Komponen penting dalam pengurusan risiko yang menjadi teras kepada organisasi yang merangkumi membentuk, melaksana, memantau, menyemak dan menambah baik pengurusan risiko organisasi.

Proses pengurusan risiko

Pengurusan polisi, prosedur dan amalan dalam organisasi merangkumi aspek komunikasi, mewujudkan konteks, mengenal pasti, menganalisis, menilai, memantau dan menyemak risiko.

LAMAN AKSES SISTEM E-RMS

Pautan akses sistem ke e-RMS UiTM:

https://erms.uitm.edu.my/

ADUAN BERKAITAN SISTEM E-RMS

Untuk sebarang aduan berkaitan dengan sistem e-RMS,
sila klik ke pautan berikut : 

https://units.uitm.edu.my/

HUBUNGI KAMI

Pusat Pengurusan Risiko, 
Aras 2, Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA 
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

Talian Pejabat : +603-55442555/ 55442177 / 55442556 / 55442559
E-mel : pprisk@uitm.edu.my

Fax : 03-55442176