PENGENALAN & OBJEKTIF
PENGENALAN
Sebagai sebuah organisasi, UiTM terdedah kepada pelbagai ancaman serta isu yang boleh menyebabkan ianya gagal untuk mencapai visi menjadi universiti unggul. Oleh itu, ketidakpastian yang berpunca daripada perkara-perkara melibatkan isu,proses kerja, peristiwa atau kesan risiko perlulah diurus dengan sebaiknya agar kelangsungan kecemerlangan UiTM dapat diteruskan.
Pengurusan risiko merupakan satu proses menyeluruh di mana ia dilaksanakan di semua peringkat UiTM. Ia merangkumi proses mengenal pasti peristiwa yang mungkin atau akan berlaku serta tindakan kawalan yang dilaksanakan agar dapat memberi jaminan munasabah ke arah pencapaian objektif UiTM.
Apa itu Risiko?
OBJEKTIF PENGURUSAN RISIKO UITM
KEBAIKAN PENGURUSAN RISIKO
Ia juga menggalakkan budaya kerja proaktif bagi isu yang mempunyai impak besar dimana tindakan pencegahan dapat dilaksanakan.
Membantu pengurusan untuk membuat keputusan lebih tepat berdasarkan tindakan kawalan terhadap risiko atau peluang yang dihadapi.