SEJARAH PENUBUHAN
Unit Pengurusan Risiko ditubuhkan pada 3 Julai 2013. Dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar FASc. Penubuhan Unit Pengurusan Risiko telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat Majlis Jawatankuasa Eksekutif Bil 8/2013 pada 10 Jun 2013. Kepercayaan diberi kepada Prof. Madya Dr Hayati Mohd Dahan, Prof. Dr. Nor'Azam Haji Mastuki, Prof. Madya Dr. Azmi Abd Hamid, Prof. Madya Dr. Mohd Nizal bin Haniff, Prof. Dr. Roslina binti Ab. Wahid dan kini diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Norhaslinda binti Kamaruddin untuk menerajui Pusat Pengurusan Risiko (sebelumnya dikenali dengan nama Unit Pengurusan Risiko).
Baca selanjutnya